Berita Berita
Sanusi tegur sekolah sorok isu dadah, umum henti lesen vape di Kedah

ALOR SETAR, 15 Mei – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah pentadbir sekolah yang enggan mendedahkan masalah dadah dalam kalangan pelajar demi menjaga reputasi institusi masing-masing.
Beliau berkata, tindakan menyembunyikan isu tersebut hanya akan memburukkan keadaan dan menghalang usaha rawatan awal terhadap penagih muda.
"Jangan sorok masalah ini. Kalau kita tak buat ujian saringan air kencing kerana takut tercalar nama, macam mana kita nak rawat.... lebih baik kita tahu awal dan rawat sekarang daripada biar sampai tak boleh diselamatkan."
"Kalau kita tak tutup lubang tempat air kotor masuk, selagi itu kita akan jenuh menimba. Jadi, kita tutup gelong itu dan pastikan tiada ruang lagi untuk industri merosakkan ini bertapak di negeri kita," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di sini, semalam.
Sanusi menyeru kerjasama padu daripada semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), serta komuniti setempat, dalam menangani ancaman penyalahgunaan dadah secara menyeluruh.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memperkukuh tindakan pencegahan di peringkat daerah menerusi jawatankuasa khas yang dipengerusikan Pegawai Daerah dan dibantu oleh Ketua Polis Daerah serta pegawai AADK.
Menurutnya, Kedah kini mencatatkan antara kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia dengan lebih 12,000 penagih dikenal pasti daripada kira-kira 2.21 juta penduduk negeri ini.
"Daerah Pendang antara catat angka tertinggi, tetapi sebahagiannya kerana adanya pusat rawatan swasta.
"Namun ia tetap satu isyarat serius bahawa masalah ini perlu dibanteras secara menyeluruh," katanya sambil mengibaratkan dadah sebagai “kudis dan barah” yang semakin menular dalam masyarakat.
Kedah Henti Lesen Vape Mulai Tahun Ini
Dalam perkembangan berkaitan, Sanusi turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan menyambung lesen perniagaan vape yang tamat tempoh pada tahun ini.
Langkah itu diambil susulan kebimbangan terhadap peningkatan penyalahgunaan dadah sintetik yang kini disalurkan melalui cecair vape, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.
"Vape jadi medium baharu penyaluran dadah. Satu titik dadah boleh dimasukkan dalam cecair vape bernilai RM10 dan boleh dikongsi sehingga 10 orang. Ia lebih bahaya berbanding kaedah lama seperti balut ganja dalam rokok atau suntikan."
"Lebih merisaukan, dadah dalam bentuk cecair ini boleh dibeli dalam talian dan tidak mudah dikesan. Sebab itu kita ambil keputusan tidak sambung mana-mana lesen kedai vape yang tamat hujung tahun ini dan lesen baharu juga tidak akan dikeluarkan," katanya.
Berita berkaitan
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN
May 15, 2025, 2:29 pm