Berita Jenayah
Penduduk tangkap lelaki warga asing cuba culik budak di Sungai Buloh
Oleh AZRUL RADI
SUNGAI BULOH 23 Okt. - Seorang lelaki warga asing ditangkap sekumpulan penduduk selepas disyaki terlibat menculik seorang kanak-kanak di Kampung Bunga Raya, Kuang, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan mengenai insiden tersebut dibuat oleh seorang wanita tempatan berusia 47 tahun.
"Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari, mangsa telah mendengar jeritan jirannya yang meminta tolong dan menjerit bahawa ada individu cuba mengambil anaknya.
"Wanita tersebut segera ke rumah jirannya dan mendapati suspek cuba melarikan diri. Dia bersama beberapa penduduk mengejar suspek sehingga berjaya menangkapnya berhampiran kawasan pembuangan sampah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Kejadian penculikan dipercayai berlaku di ruang tamu rumah, dan suspek didapati bertindak bersendirian ketika kejadian tersebut.
"Suspek memperkenalkan dirinya sebagai tukang cuci sebelum bertindak cuba menculik kanak-kanak itu. Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian," tambah beliau.
Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis, dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan penculikan.
Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden ini untuk menghubungi balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azammudin Mohd Razib, di talian 016-5661597.
Sebelum ini, kejadian tersebut telah tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga asing ditahan oleh penduduk selepas dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak. - Media Telus
Berita berkaitan
April 2, 2026, 4:45 pm
Lelaki 54 tahun ditahan selepas tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak di Bandar Baru Uda
April 1, 2026, 11:04 pm
Pegawai AADK cedera dihiris pisau ketika operasi di Bangsar
March 31, 2026, 11:00 am
Polis buru lelaki rakam bawah skirt wanita di pusat beli-belah Subang Jaya
March 31, 2026, 10:48 am
Lelaki miliki 31 rekod jenayah ditahan selepas rempuh lima kenderaan di KLIA
March 31, 2026, 7:22 am
Wartawan antara 10 lelaki ditahan dakwa ceroboh tapak kilang di Kulim
March 30, 2026, 11:14 am
Polis kesan individu terlibat pergaduhan berebut pelanggan di Jesselton Point
March 25, 2026, 9:14 am
Cubaan mengaburi imigresen gagal, tujuh individu ditolak masuk
March 16, 2026, 8:49 pm
Polis siasat dakwaan ‘mafia korporat’ dikaitkan dengan ahli perniagaan
March 16, 2026, 1:11 pm
