Berita Jenayah
Polis siasat dakwaan ‘mafia korporat’ dikaitkan dengan ahli perniagaan
PUTRAJAYA 16 Mac – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kegiatan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dijalankan oleh pasukan petugas khas Anti-Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Menurutnya, beberapa tindakan penguatkuasaan termasuk pemeriksaan di beberapa premis yang mempunyai kaitan dengan individu berkenaan telah dilaksanakan bagi membantu siasatan.
“Kita dalam proses siasatan dan memang benar tindakan telah diambil di beberapa premis yang mempunyai kaitan dengan Victor.
“Siasatan diteruskan di bawah AMLA dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Isnin.
Beliau berkata, polis akan memaklumkan perkembangan lanjut kepada media sekiranya terdapat perkembangan baharu dalam siasatan kes tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan polis bersama pegawai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah melakukan serbuan di kediaman serta beberapa premis lain milik Victor.
Dalam operasi tersebut, beberapa kenderaan milik syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan itu turut disita bagi tujuan siasatan lanjut.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini memaklumkan Kabinet telah mengarahkan polis serta beberapa agensi penguat kuasa lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan manipulasi korporat berkenaan.
Arahan tersebut dibuat susulan gesaan pelbagai pihak termasuk beberapa menteri kanan supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh Bloomberg sebelum ini.
Laporan berkenaan mendakwa sekumpulan ahli perniagaan yang digelar ‘mafia korporat’, termasuk Victor, dipercayai bekerjasama dengan pegawai SPRM untuk menakut-nakutkan pengasas syarikat dan dalam beberapa kes menggunakan proses mahkamah bagi menyingkirkan mereka daripada syarikat.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
