Berita Jenayah
Bayi mati di taska: Dua pengasuh beraya dalam lokap, reman dilanjut tujuh hari lagi
BUKIT MERTAJAM – Dua pengasuh disambung reman selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya di sini, Isnin lalu.
Tempoh reman bermula 17 hingga 23 Mac ini terhadap kedua-dua suspek wanita berusia 22 tahun itu bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kebenaran menyambung reman selama tujuh hari lagi terhadap kedua-dua suspek berkenaan.
“Ia bagi membantu melengkapkan siasatan kes kematian bayi tersebut,” katanya.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dengan tangan bergari serta memakai pakaian lokap berwarna ungu sambil diiringi anggota polis.
Sebelum ini, kedua-dua wanita itu direman selama tujuh hari bermula 10 Mac lalu selepas ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Hayl Haarith Mohd. Syafaeez meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska yang terletak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan kira-kira pukul 4.20 pagi, Isnin lalu.
Susulan kejadian itu, dua wanita yang juga pekerja taska terbabit telah ditahan polis di premis berkenaan.
Difahamkan, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian tersebut turut tular di media sosial.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
