Berita Berita
Johor umum insentif khas dua bulan gaji untuk penjawat awam
ISKANDAR PUTERI 21 Nov. - Kerajaan Johor mengumumkan pemberian insentif khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 17,704 penjawat awam negeri sebagai penghargaan atas perkhidmatan mereka.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semasa pembentangan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
Menurut Onn Hafiz, insentif khas tersebut turut merangkumi kakitangan kerajaan Persekutuan yang menerima gaji daripada kerajaan negeri.
"Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor," katanya.
Pada Mac lalu, Kerajaan Johor turut memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada penjawat awam negeri, termasuk mereka yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mengiktiraf dan menghargai dedikasi penjawat awam yang berperanan penting dalam pembangunan negeri. - Media Telus
Berita berkaitan
May 12, 2026, 7:15 pm
Anwar arah kementerian selaras bantuan, cadang PBT kurangkan sewa premis peniaga
May 12, 2026, 7:01 pm
MCA bimbang kuota BUDI95 150 liter tidak realistik, beban penduduk bandar
May 12, 2026, 6:52 pm
Azam Baki bersara, ingatkan warga SPRM taat kepimpinan baharu dan elak sabotaj
May 12, 2026, 6:40 pm
Isu had subsidi BUDI95: Liew Chin Tong mohon maaf, nafi buat pengumuman baharu
May 12, 2026, 4:34 pm
Buruh warga asing ditahan disyaki rogol remaja pulang dari kenduri
May 12, 2026, 4:30 pm
DBKL tubuh 'flying squad' pantau 14 titik panas banjir kilat di ibu negara
May 12, 2026, 4:19 pm
Kerajaan kaji kurangkan kuota BUDI95 kepada 150 liter susulan krisis global
May 12, 2026, 4:15 pm
Vijay hargai ucapan Anwar, komited perkukuh hubungan Tamil Nadu-Malaysia
May 12, 2026, 1:34 pm
