Berita Berita
'Saya hanya boleh guna semasa jadi PM' - Anwar akan pulangkan semula kereta EV hadiah Presiden Turkiye kepada negara

PUTRAJAYA 10 Feb - "Saya boleh guna selagi saya menjadi Perdana Menteri, tetapi selepas itu, ia perlu diserahkan kembali kepada negara," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kepadanya.
Kenderaan berjenama TOGG keluaran Turkiye itu diterima baru-baru ini sebagai simbol persahabatan antara Malaysia dan Turkiye.
Perdana Menteri berkata beliau sempat menggunakan kenderaan tersebut untuk meninjau persiapan menyambut kedatangan Presiden Turkiye semasa lawatan rasminya ke Malaysia selama dua hari.
"Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye... beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri, tetapi bagi saya ia milik negara, bukan hak peribadi saya," katanya semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Anwar turut menceritakan bahawa pada sekitar 1.30 tengah hari semalam, semasa dalam perjalanan ke Kompleks Sri Perdana, beliau melihat puluhan penjawat awam dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, polis, dan bahagian pendidikan sedang bertugas mempersiapkan lawatan rasmi Presiden Turkiye.
Perdana Menteri menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi dan pengorbanan penjawat awam yang bertungkus-lumus dalam memastikan persiapan tersebut berjalan lancar.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia memanfaatkan peluang sebagai Pengerusi ASEAN untuk menunjukkan kecekapan penjawat awam dalam menguruskan ratusan program dengan berkesan.
"Pengurusan ASEAN bukan sekadar soal kedudukan atau kebanggaan, ia menggambarkan kemampuan penjawat awam dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar," jelasnya.
Tambah Anwar, ini memerlukan usaha yang lebih daripada biasa. Menurutnya, tahap persiapan untuk acara tersebut adalah antara yang terbaik yang pernah disaksikan.
"Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecakapan, disiplin, dan kerapian yang ditunjukkan amat membanggakan," katanya.
Berita berkaitan
August 10, 2025, 12:34 pm
JPJ 'perhati' selebriti, influencer miliki kenderaan mewah liat perbaharui cukai jalan
August 10, 2025, 12:06 pm
Elak dakwaan negatif, proses bedah siasat Zara Qairina dibantu pakar patologi forensik dari Semenanjung
August 10, 2025, 10:22 am
Jasad Zara Qairina dalam keadaan baik walau sudah dikebumi 17 Julai lalu - Imam masjid
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm