Berita Berita
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar

KOTA BHARU, 9 Ogos – Kerajaan berkemungkinan meningkatkan kos kenaikan gaji penjawat awam kepada RM18 bilion tahun hadapan sebagai langkah memperkukuh kedudukan kewangan serta kebajikan lebih 1.6 juta kakitangan sektor awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu mengambil kira tekanan kos sara hidup termasuk keperluan pendidikan dan kesihatan, selain memastikan kenaikan gaji dilaksanakan secara adil.
Beliau menjelaskan, sebelum ini kerajaan mengumumkan pelarasan bernilai RM10 bilion, yang disifatkan antara tertinggi dalam sejarah negara selepas kali terakhir dinaikkan 12 tahun lalu.
“Melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), siling dan lantai ekonomi rakyat mesti bergerak seiring. Justeru, Kerajaan Madani menyeru syarikat swasta menetapkan gaji minimum RM1,700, manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula sebanyak RM3,100.
“Syarikat kerajaan diminta memastikan kenaikan gaji dilaksanakan, selain menghargai sumbangan kakitangan dan tidak hanya berbangga dengan keuntungan. Begitu juga petani, nelayan dan pesawah yang turut menerima pelbagai manfaat serta kenaikan insentif,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Anwar turut menegaskan kerajaan menerima kritikan membina namun menuntut pengiktirafan terhadap perubahan yang telah dibawa.
Beliau berkata, kestabilan kerajaan dan kerjasama erat antara kerajaan persekutuan serta negeri adalah kunci kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan rakyat.
Media sebelum ini melaporkan, pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) memberi peningkatan antara 16.8 hingga 42.7 peratus kepada penjawat awam, khususnya kumpulan pelaksana Gred 26 ke bawah yang mempunyai gaji pokok rendah.
Perubahan itu turut melibatkan penambahbaikan skim pencen dan persaraan dengan implikasi kewangan melebihi RM10 bilion setahun. – Media Telus
Berita berkaitan
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 3:25 pm
'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia
August 9, 2025, 12:53 pm
Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar
August 9, 2025, 12:38 pm
'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan ibu bapa pelajar 'samseng' MRSM dibuang sekolah
August 9, 2025, 11:36 am
Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin - Saifuddin
August 9, 2025, 10:08 am