TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU, 9 Ogos – Kerajaan Johor menyokong cadangan kerjasama strategik dengan Indonesia bagi mengatasi kekurangan jururawat di sektor perubatan, khususnya di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, langkah tersebut bukan sahaja membantu hospital awam, malah memberi manfaat kepada sektor swasta.

Bagaimanapun, katanya, agensi dan kementerian berkaitan perlu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) jelas berhubung pengambilan tenaga kerja luar negara, termasuk kelulusan kepakaran daripada Lembaga Jururawat Malaysia dan permit kerja daripada Kementerian Sumber Manusia.

Beliau mengulas cadangan Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru baru-baru ini, yang menyifatkan langkah membawa jururawat dari Indonesia sebagai situasi menang-menang memandangkan kira-kira 70 peratus pesakit antarabangsa di Malaysia berasal dari negara itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan hospital utama di Johor Bahru berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius, menyaksikan seorang jururawat menguruskan 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8. – Media Telus

+ - reset