Berita Berita
JPJ 'perhati' selebriti, influencer miliki kenderaan mewah liat perbaharui cukai jalan
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan beberapa selebriti tanah air termasuk dalam senarai individu yang berada dalam radar pihaknya susulan isu kegagalan memperbaharui cukai jalan kenderaan mewah milik mereka.
Selain itu, beberapa pempengaruh media sosial dan ahli perniagaan turut dikenal pasti dalam senarai tersebut.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, hasil risikan terbaharu mendapati beberapa kenderaan milik individu berkenaan dipercayai telah tamat tempoh cukai jalan.
“Setakat ini, risikan mendapati kenderaan terbabit tidak digunakan di jalan raya. Bagaimanapun, sekiranya ia dikesan dipandu tanpa cukai jalan sah, tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media di Depoh Sita JPJ Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau menjelaskan, pemantauan terhadap golongan berstatus itu bukan bertujuan mengaibkan, sebaliknya memastikan semua pihak mematuhi undang-undang.
“Kewajipan mematuhi undang-undang adalah sama untuk semua tanpa pengecualian,” tegasnya.
Terdahulu, statistik Ops Luxury sejak 1 Julai lalu merekodkan 258 kenderaan mewah pelbagai jenama telah disita, dengan Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi iaitu 93 buah, diikuti Selangor (61), Pulau Pinang (28), Sarawak (16), Kelantan (15) dan negeri-negeri lain.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada insurans perlindungan, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, mempamerkan nombor pendaftaran belum berdaftar, serta pelbagai kesalahan teknikal lain. - Media Telus
Berita berkaitan
July 28, 2026, 4:15 pm
Enam beradik didakwa edar heroin 118 gram di Ipoh
July 28, 2026, 3:04 pm
KJ tegas bicara isu Melayu cermin realiti politik, bukan perkauman
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:08 pm
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
