Berita Berita
Elak dakwaan negatif, proses bedah siasat Zara Qairina dibantu pakar patologi forensik dari Semenanjung
KOTA KINABALU, 9 Ogos – Seorang pakar patologi forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor, dipanggil membantu proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Hospital Queen Elizabeth (HQE) hari ini.
Pakar berkenaan, Dr Khairul Anuar Zainun, mengendalikan prosedur itu bersama Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu, dibantu dua lagi pakar.
Proses bermula kira-kira jam 11 pagi selepas pengecaman jenazah oleh ibu arwah, berikutan ketibaan Dr Khairul Anuar pada 10.55 pagi.
Menurut peguam keluarga, Hamid Ismail, kehadiran pakar dari luar bertujuan memastikan ketelusan dan keadilan bagi pihak arwah, sekali gus mengelakkan sebarang dakwaan negatif terhadap proses berkenaan.
Bedah siasat dijangka mengambil masa empat hingga lima jam sebelum keputusan disampaikan kepada keluarga.
Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula.
Sebelum ini, jenazah pelajar Tingkatan Satu itu digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, malam tadi untuk tujuan siasatan.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha, Papar, pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di HQE keesokan harinya. - Media Telus
Berita berkaitan
March 7, 2026, 1:07 pm
Lelaki Malaysia cipta rekod dunia miliki 42 batang gigi
March 7, 2026, 12:26 pm
Bayaran balik lebihan cukai mula dikreditkan bermula minggu depan
March 7, 2026, 12:06 pm
KJ mahu masuk UMNO semula
March 6, 2026, 9:14 pm
'Azam Baki perlu letak jawatan segera' - BERSIH
March 6, 2026, 8:34 pm
PKR saman 16 bekas wakil rakyat, tuntut RM10 juta setiap seorang
March 6, 2026, 8:13 pm
Keluarga Tun Daim saman Anwar, KPN dakwaan komplot guling kerajaan
March 6, 2026, 5:33 pm
Ibu remaja pandu Honda Jazz hingga ragut 3 nyawa didenda RM1,500
March 6, 2026, 5:19 pm
