Berita Berita
Polis buka kertas siasatan DJ radio hina agama Hindu - KPN

KUALA LUMPUR 5 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung insiden kakitangan sebuah stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain menerusi rakaman video di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada enam laporan polis yang diterima berhubung isu itu, setakat ini.
Razarudin berkata, salah satu laporan dibuat oleh seorang jurutera berusia 44 tahun yang melihat video itu di Facebook, membabitkan beberapa individu dari stesen radio terbabit yang mempermainkan agama Hindu.
"Pengadu mendakwa beberapa individu dilihat menjerit 'Vel Vel' manakala seorang lagi dilihat menari.
"Beliau membuat laporan polis kerana mendapati kandungan video itu menyentuh sensitiviti perkauman serta mempermainkan agama Hindu," kata kepada media, semalam.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata semakan pihak polis mendapati bahawa video berkenaan sudah pun dipadamkan oleh pihak stesen radio terbabit.
"Kita mendapati rakaman video itu sudah ditonton sebanyak 95,400 kali dan turut dikongsi oleh 204 pengguna," katanya.
Menurutnya, siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.
"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Kita mendapati individu yang terbabit dalam video berkenaan sudah pun mengeluarkan permohonan maaf rasmi melalui laman Facebook Era FM," katanya.
Terdahulu, Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata antara lain MCMC perlu memanggil Astro dan pengurusan stesen radio Era FM hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.
Sementara itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan pihaknya sudah menggantung tugas tiga penyampai radio terbabit serta dua lagi kakitangannya.
"Pihak Astro Audio sekali lagi melahirkan kekesalan di atas insiden yang menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak membbaitkan tiga penyampai radio ERA.
"Pihak kami akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci. Lanjutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi kami mengadakan perjumpaan bersama pihak MCMC awal hari ini.
"Selaras dengan siasatan ini, kami memutuskan untuk menggantung tiga penyampai dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan," katanya.
Sebelum itu, tiga penyampai radio terbabit iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin memohon maaf secara terbuka susulan penyiaran kandungan video mereka bertiga yang menyinggung sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
Berita berkaitan
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm
Polis panggil pemilik syarikat lori bantu siasatan tragedi FRU di Teluk Intan
May 16, 2025, 2:48 pm
Pukul rakan buat lawak hambar, pelukis logo didenda RM1,300
May 16, 2025, 2:03 pm
TMJ tegur ADUN: Fokus berkhidmat, bukan berpolitik
May 16, 2025, 1:55 pm
Wanita maut, kaki putus dirempuh kereta di Jempol
May 16, 2025, 1:27 pm
Mahkamah tolak rayuan mualaf mahu kembali kepada agama asal
May 16, 2025, 12:40 pm
Nelayan maut dipanah petir ketika pukat udang di Kuala Sungai Padang
May 16, 2025, 12:22 pm
Sindiket sorok dadah RM11.5 juta dalam pembesar suara, guna khidmat syarikat pindah barang
May 16, 2025, 11:39 am
Nahas FRU: Pemandu lori batu didakwa atas 9 pertuduhan
May 16, 2025, 11:27 am