Berita Berita
Pukul rakan buat lawak hambar, pelukis logo didenda RM1,300

JOHOR BAHRU, 15 Mei 2025 – Seorang pelukis logo didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul rakan sekerjanya dalam kejadian yang berlaku November tahun lalu.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Emmanuelson Anak Tijon, 26, dan memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan mangsa, seorang wanita berusia 37 tahun, di kantin sebuah resort golf di Pasir Gudang pada jam 9 pagi, 26 November 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, Emmanuelson menyimbah air kepada mangsa sebelum memukul bahagian belakang kepala wanita itu kerana tidak berpuas hati dengan jenaka yang dikatakan oleh mangsa.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina.
Berita berkaitan
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm