Berita Berita
Wanita maut, kaki putus dirempuh kereta di Jempol

JEMPOL 16 Mei - Seorang wanita berusia 23 tahun maut dalam keadaan menyayat hati apabila kaki kirinya putus selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Felda Lui Selatan-Tembangau, pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.55 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Kampung Sungai Sampo ke Ladang Perlating Jernih untuk bekerja.
“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun dari arah bertentangan gagal mengelak dan melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali di talian 012-943 4222. - Media Telus
Berita berkaitan
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm
Polis panggil pemilik syarikat lori bantu siasatan tragedi FRU di Teluk Intan
May 16, 2025, 2:48 pm