Berita Berita
TMJ tegur ADUN: Fokus berkhidmat, bukan berpolitik

ISKANDAR PUTERI 16 Mei - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa ketika ini bukan musim pilihan raya dan mengingatkan semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat. Baginda menekankan bahawa semua ADUN telah dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, maka mereka perlu fokus membantu pembangunan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Titah baginda disampaikan ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail.
Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap perbincangan hangat dalam kalangan pemimpin politik negeri mengenai pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dikatakan mungkin berlaku tahun hadapan. Walhal, penggal pentadbiran negeri masih berbaki hingga Mac 2027 berikutan PRN terakhir diadakan pada Mac 2022.
Dalam ucapannya, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri Johor merupakan institusi yang mulia dan tidak seharusnya menjadi medan pertelagahan politik, pelepasan emosi atau tempat mengutamakan kepentingan peribadi.
Sebaliknya, dewan itu perlu dijadikan sebagai platform untuk membincangkan dasar, menggubal undang-undang dan memperjuangkan nasib rakyat Johor. Baginda berharap agar keharmonian yang menjadi tradisi DUN Johor dapat dikekalkan dan dicontohi.
Baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat supaya menjaga adab, tingkah laku dan sentiasa menghormati institusi DUN Johor. Baginda memuji perjalanan sidang DUN sebelum ini yang berlangsung secara tertib dan teratur serta mencerminkan kematangan demokrasi dan budaya politik beradab.
Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti dua pertiga dengan 40 daripada 56 kerusi DUN, diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 3 kerusi, manakala PKR dan MUDA masing-masing memenangi satu kerusi. - Media Telus
Berita berkaitan
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm
Polis panggil pemilik syarikat lori bantu siasatan tragedi FRU di Teluk Intan
May 16, 2025, 2:48 pm