Berita Berita
Sindiket sorok dadah RM11.5 juta dalam pembesar suara, guna khidmat syarikat pindah barang

NILAI, 16 Mei – Taktik licik sindiket pengedaran dadah menyembunyikan heroin dalam alat pembesar suara yang diubah suai berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi serbuan di sebuah gudang syarikat pindah barang (mover) di Batu Caves, Selangor.
Dalam operasi dijalankan pada 10 April lalu, pasukan Kastam berjaya merampas 122.85 kilogram heroin bernilai kira-kira RM11.5 juta, yang ditemui dalam empat kotak mengandungi pembesar suara yang telah diubah suai.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapha berkata, pemeriksaan dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan penghantaran mencurigakan yang disasarkan ke Australia.
"Bertindak atas maklumat, jam 4 petang 10 April lalu, sepasukan anggota Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat menyita 90 kotak pelbagai saiz di gudang syarikat mover di Batu Caves.
"Pemeriksaan menjumpai 344 ketulan mampat serbuk putih disyaki dadah berbahaya jenis heroin berat kasar 122.85kg dianggarkan bernilai RM11.5 juta," katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau menjelaskan, alat pembesar suara terbabit telah diubah suai dengan membuang komponen elektronik di dalam dan menggantikannya dengan dadah, manakala struktur luarnya dikekalkan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Semua dadah ditemui dalam empat kotak berisi pembesar suara yang diubah suai manakala pemeriksaan baki 85 kotak yang mengandungi barangan kelengkapan rumah, tiada dadah," katanya.
Kes ini merupakan kali pertama JKDM mengesan taktik penyeludupan dadah menggunakan khidmat syarikat mover.
"Modus operandi mereka adalah menggunakan perkhidmatan mover untuk menghantar barang kelengkapan rumah menggunakan kontena ke Pelabuhan Klang, Selangor," tambahnya.
Dalam kes berasingan, JKDM turut menumpaskan sindiket dadah dalam tiga operasi lain yang membawa kepada rampasan dadah seberat 15.97 kilogram dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.47 juta.
"Kes pertama pada 13 Mac lalu yang menjumpai lima bungkusan mengandungi disyaki dadah jenis methaphetamine dianggarkan bernilai RM163,350 di gudang syarikat logistik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo.
"Seterusnya, serbuan di dua kondominium di Salak Selatan dan Sentul, Kuala Lumpur menjumpai 5,000 gram dadah jenis MDMA serta 6,176 gram kanabis dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.15 juta pada April lalu.
"Bagi kes ketiga, tangkapan suspek bersama 5,106 gram dadah disyaki methaphetamine dianggarkan bernilai RM163,392 di sebuah premis kurier di Subang Jaya pada 10 April lalu," katanya.
Semua kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan selanjutnya sedang diambil termasuk siasatan untuk mengenal pasti rangkaian pengedaran antarabangsa yang terlibat.
Berita berkaitan
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm
Kes HFMD di Kelantan meningkat tiga kali ganda, kanak-kanak paling terjejas
May 16, 2025, 6:46 pm
Usaha bawa pulang Jho Low tidak disenangi sesetengah pihak - PM
May 16, 2025, 4:45 pm
Budak lelaki 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong
May 16, 2025, 3:13 pm
Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat – KPM
May 16, 2025, 3:07 pm
Polis panggil pemilik syarikat lori bantu siasatan tragedi FRU di Teluk Intan
May 16, 2025, 2:48 pm