TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sertai DAP bukan bermakna keluar Islam - Sheikh Umar

By
|
Kongsi
image

Pemimpin DAP Tegur Tuduhan Kafir dan Murtad Terhadap Ahli Parti

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menegaskan bahawa menyertai DAP tidak bermaksud seseorang itu keluar dari Islam atau menganut agama lain. Beliau menggesa agar tuduhan ‘kafir’ dan ‘murtad’ terhadap pemimpin Melayu dalam DAP dihentikan serta-merta.

Menurut beliau, dakwaan tersebut yang dilemparkan kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman adalah tidak berasas dan tidak wajar.

“Menyertai DAP tidak ada kaitan dengan iktidad keislaman seseorang kerana ia hanyalah sebuah parti politik, bukan agama. Mereka yang menuduh demikian mungkin jahil atau berfikiran ekstrem,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut menjelaskan bahawa menuduh seseorang Muslim sebagai kafir adalah amalan takfiri yang berbahaya dan boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.

Tambahnya, DAP adalah sebuah parti yang berdaftar secara sah di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta beroperasi mengikut Perlembagaan negara. Parti itu juga mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Syahredzan dan Young Syefura menghadapi tuduhan kononnya mereka telah murtad selepas terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP. Tuduhan ini turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, Sheikh Umar menyeru semua pihak agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab yang boleh mencetuskan perpecahan dan salah faham dalam kalangan rakyat. - Media Telus

+ - reset