Berita Berita
Banjir Johor: TNB terpaksa tutup bekalan elektrik di tiga daerah terjejas
JOHOR BAHRU 21 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di tiga daerah terjejas banjir iaitu di Kulai, Kota Tinggi dan bandaraya ini sejak semalam.
Kenyataan TNB Careline di laman sosial facebook memaklumkan penutupan membabitkan kawasan penduduk dan perindustrian itu dibuat atas faktor keselamatan.
"Setakat jam 10 malam, semalam terdapat beberapa pencawang elektrik yang masih terjejas akibat penutupan bekalan elektrik atas faktor keselamatan.
"Kawasan sekitar pencawang terjejas akan terus mengalami gangguan bekalan elektrik buat sementara waktu.
"Antara kawasan yang terkesan di Johor Bahru membabitkan Kampung Pasir Tebrau, Kompleks Sukan Bukit Mutiara, Desa Mutiara, Kampung Paya Kenangan, dan beberapa lokasi kawasan Perindustrian Tebrau.
"Bagi kawasan Kulai, penutupan elektrik menjejaskan kawasan Estate Lee, Taman Jaya Sepakat dan Kampung Sepakat Baru. Turut terjejas Taman Aman di Kota Tinggi," menurut kenyataan itu.
TNB turut mengingatkan agar mangsa banjir mematuhi panduan keselamatan elektrik.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi TNB melalui talian 15454 atau menerusi laman rasmi TNB CareLine di media sosial.
TNB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran mereka sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.
Terbaharu, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,964 orang membabitkan 917 keluarga, pada jam 8 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pagi ini, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang terdiri daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 10:41 am
'Istana tidak arah bubar DUN Johor' - Onn Hafiz tepis dakwaan Puad
June 25, 2026, 9:57 am
KPM ambil 8,042 guru baharu, 5,845 graduan IPG bakal ditempatkan Ogos ini
June 25, 2026, 9:16 am
Puad Zarkashi umum keluar UMNO, dakwa parti dikawal Istana
June 25, 2026, 9:04 am
Pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka
June 25, 2026, 8:26 am
Padah belanja wang majikan, wanita sanggup reka cerita kena ragut
June 25, 2026, 8:11 am
Wanita hilang selepas keluar temu duga, kereta ditemui di Padang Rengas
June 25, 2026, 8:04 am
