TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Puad Zarkashi umum keluar UMNO, dakwa parti dikawal Istana

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.

Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendakwa UMNO Johor tidak lagi mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju serta keputusan politiknya sendiri.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku kerana parti berkenaan didakwa berada di bawah pengaruh dan kawalan istana.

Pengumuman mengejutkan itu sekali gus menamatkan penglibatan beliau dalam UMNO selepas sekian lama menjadi antara pemimpin kanan parti serta pernah memegang beberapa jawatan penting di peringkat nasional dan negeri.

Mohd Puad sebelum ini dikenali sebagai antara pemimpin yang lantang menyuarakan pandangan dalam pelbagai isu melibatkan parti dan politik negara.

Setakat ini, beliau hanya memaklumkan alasan utama pengundurannya adalah kerana UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal oleh istana.

Perkembangan tersebut dijangka memberi kesan kepada landskap politik Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

+ - reset