Berita Berita
Festival Gaya Raya 2025 buka tirai hari ini, 66 jam 'shopping' raya tanpa henti di MITEC

KUALA LUMPUR 21 Mac - Festival Gaya Raya 2025 yang dinanti-nantikan kini secara rasmi memulakan operasi tanpa henti selama 66 jam bermula tengah hari ini.
Festival yang menghimpunkan ratusan vendor terkenal itu dianjurkan oleh MyEvents International dan Absolute Events serta dibawakan khas oleh Usanita Sdn Bdn bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.
Festival Gaya Raya juga berjaya memasuki Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai festival jualan Hari Raya terbesar di Malaysia.
Bermula pada 21 Mac, pukul 12 tengah hari, Festival Gaya Raya ini akan berlangsung sehingga 24 Mac, jam 6 pagi.
Acara ini diadakan di PUSAT Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang terletak di Jalan Duta yang mana orang ramai boleh membeli barang tanpa henti selama 66 jam.
Setakat ini, hampir 700 gerai jualan telah disediakan dan Festival Gaya Raya kali ini disasarkan untuk mencapai keuntungan sebanyak RM25 juta, dan diharapkan lebih 2 juta pengunjung akan hadir untuk acara berkenaan.
Acara seperti ini bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi juga memberikan platform bagi usahawan tempatan untuk mempamerkan produk mereka.
Berita berkaitan
May 27, 2025, 8:40 pm
CEO Batu dibebaskan dengan jaminan polis
May 27, 2025, 8:26 pm
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun
May 27, 2025, 6:51 pm
Sultan Brunei dimasukkan ke IJN
May 27, 2025, 6:39 pm
Subsidi ayam ditamatkan demi kelestarian industri ternakan – Mohamad Sabu
May 27, 2025, 5:22 pm
Guru wanita skandal dengan abang 'CCTV & Wiring' direhatkan daripada mengajar - Fadhlina
May 27, 2025, 3:39 pm
Polis nafi dakwaan kes pukau, samun bersenjata berleluasa di Pekan
May 27, 2025, 3:36 pm
Pelajar Tingkatan 5 trauma, cedera dikejar 3 anjing liar di Seremban
May 27, 2025, 3:05 pm