Berita Berita
Pelajar Tingkatan 5 trauma, cedera dikejar 3 anjing liar di Seremban

SEREMBAN 27 Mei – Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan dan trauma selepas terjatuh akibat dikejar tiga ekor anjing liar dalam kejadian yang berlaku di Rasah Jaya, Sabtu lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa, Darius Hazreeq Mohd. Nor Azlan, 17, cedera di beberapa bahagian tubuh dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Darius, pelajar Tingkatan Lima dan anak kedua daripada empat beradik, berkata insiden berlaku ketika beliau sedang menunggu perkhidmatan e-hailing selepas menghadiri kelas tuisyen.
“Saya sedang berdiri berhampiran rumah kedai berdekatan pusat tuisyen sambil melihat telefon bimbit. Tiba-tiba saya ternampak seekor anjing berlari ke arah saya, diikuti dua ekor lagi dari belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, panik melihat situasi itu, beliau cuba melarikan diri tetapi terus dikejar sehingga terjatuh di tengah jalan.
“Salah seekor anjing sempat menggigit selipar saya, tetapi mujurlah ada orang awam yang berada di lokasi berjaya menghalau anjing tersebut,” ujarnya.
Akibat terjatuh, beliau mengalami luka di bahagian tangan, kaki dan belakang badan.
“Orang awam bantu saya ke tepi jalan sebelum ibu saya datang dan membawa saya ke hospital untuk rawatan kecemasan. Saya memang terkejut diserang tanpa sebab, sedangkan saya tidak langsung menyentuh atau menatap mata anjing itu,” katanya.
Tambahnya, kejadian tersebut meninggalkan kesan trauma terutamanya apabila terlihat anjing berkeliaran di kawasan awam.
Berita berkaitan
May 28, 2025, 4:45 pm
Mayat budak ditemui terapung dalam sungai di belakang Sutera Mall
May 28, 2025, 4:31 pm
Selepas Rafizi, Nik Nazmi pula umum letak jawatan berkuat kuasa 4 Julai
May 28, 2025, 2:22 pm
Pekerja binaan maut jatuh dari tingkat 22 di tapak projek
May 28, 2025, 2:07 pm
Buruh maut dirempuh Lamborghini ketika melintas
May 28, 2025, 1:58 pm
Ini sebab kenapa Rafizi tak perlu letak jawatan Menteri Ekonomi
May 28, 2025, 1:37 pm
Rafizi umum letak jawatan Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun
May 28, 2025, 1:31 pm
Anwar cadang undang-undang baharu supaya AI dapat beroperasi bebas
May 28, 2025, 12:41 pm