Berita Berita
CEO Batu dibebaskan dengan jaminan polis

GOMBAK 27 Mei – Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu' yang disiasat berhubung kes penghantaran mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
“Kes masih dalam siasatan dan lelaki berusia 22 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum ini, suspek ditahan reman pada 22 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Tempoh reman selama empat hari berakhir pada Isnin dan telah disambung sehari lagi sebelum dia dibebaskan.
Pihak polis sebelum ini mendedahkan bahawa perbuatan suspek dipercayai bermula sejak awal Mei lalu terhadap mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Berita berkaitan
May 28, 2025, 4:45 pm
Mayat budak ditemui terapung dalam sungai di belakang Sutera Mall
May 28, 2025, 4:31 pm
Selepas Rafizi, Nik Nazmi pula umum letak jawatan berkuat kuasa 4 Julai
May 28, 2025, 2:22 pm
Pekerja binaan maut jatuh dari tingkat 22 di tapak projek
May 28, 2025, 2:07 pm
Buruh maut dirempuh Lamborghini ketika melintas
May 28, 2025, 1:58 pm
Ini sebab kenapa Rafizi tak perlu letak jawatan Menteri Ekonomi
May 28, 2025, 1:37 pm
Rafizi umum letak jawatan Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun
May 28, 2025, 1:31 pm
Anwar cadang undang-undang baharu supaya AI dapat beroperasi bebas
May 28, 2025, 12:41 pm