TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis nafi dakwaan kes pukau, samun bersenjata berleluasa di Pekan

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 27 Mei - Polis menafikan dakwaan terdapat kejadian pukau dan samun bersenjata yang didakwa berleluasa di daerah Pekan, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, menjelaskan bahawa hasil semakan dan siasatan pihaknya tidak menemui sebarang laporan rasmi berkaitan kejadian seumpama itu.

“Siasatan telah dijalankan dan semakan mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dakwaan di Media Sosial Tidak Tepat

Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di laman Facebook ‘Kami Asal Pekan Pahang’ semalam, yang mendakwa wujudnya insiden pecah rumah melibatkan suspek warganegara asing bersenjatakan parang yang menggunakan taktik pukau untuk memperdaya mangsa.

Polis Nasihat Orang Ramai Jangan Sebar Spekulasi

Mohd Zaidi menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh mengganggu kesejahteraan awam, terutama tanpa rujukan sahih kepada pihak berkuasa.

“Orang ramai juga disaran supaya berhubung terus dengan pihak polis bagi mendapatkan kesahihan sebarang maklumat sebelum mempercayainya atau menyebarkannya,” tambah beliau.

Maklumat Palsu Jejas Ketenteraman Awam

Pihak polis memberi jaminan bahawa keselamatan di daerah Pekan adalah terkawal dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat laporan yang sahih berkaitan sebarang jenayah. - Media Telus

+ - reset