Berita Berita
MARA tawar moratorium kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights

KUALA LUMPUR 3 April - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan penangguhan bayaran pinjaman atau moratorium sehingga enam bulan kepada peminjamnya yang terjejas akibat kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata langkah ini diambil bagi mengurangkan beban kewangan mangsa yang sedang menghadapi kesukaran.
“MARA tawarkan moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) kepada mangsa kebakaran Putra Heights sehingga enam bulan. Moga dapat kurangkan bebanan musibah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar peminjam MARA yang terjejas dalam insiden itu.
Selain MARA, beberapa institusi kewangan dan syarikat insurans seperti Bank Islam, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB, dan Etiqa turut menawarkan bantuan menerusi moratorium atau pengecualian caj tertentu kepada mangsa yang terlibat.
Sebelum ini, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) turut menyarankan mangsa kebakaran yang mempunyai pinjaman dengan bank untuk menghubungi institusi kewangan masing-masing bagi membincangkan bentuk sokongan yang boleh diberikan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 21, 2025, 2:07 pm
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook
May 21, 2025, 1:51 pm
Dua maut nahas 3 motosikal dan lori di Alor Gajah
May 21, 2025, 1:33 pm
Tukang masak kuku panjang, restoran jijik di Hulu Selangor diarah tutup 14 hari
May 21, 2025, 1:17 pm
Agong berkenan berangkat ke LIMA’25
May 21, 2025, 11:41 am
Caj RM90 seorang, Imigresen serbu klinik doktor warga Pakistan tak bertauliah
May 21, 2025, 11:30 am
Pelajar Tingkatan 5 maut rempuh lori simen ketika pulang dari kelas memandu di Klang
May 21, 2025, 11:18 am
Masih tak serik, 4 pegawai disyaki subahat lepaskan warga asing di KLIA
May 21, 2025, 11:02 am
Pam utama LRA Sungai Johor rosak, 100,000 akaun pengguna alami gangguan bekalan air
May 21, 2025, 10:49 am
Imam lemas terjatuh bot ketika memancing di Mersing
May 21, 2025, 10:22 am