Berita Berita
Pelajar Tingkatan 5 maut rempuh lori simen ketika pulang dari kelas memandu di Klang

KLANG, 21 Mei – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar lori simen yang sedang membuat pusingan U di Batu 12, Jalan Kapar di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 petang, mangsa berusia 17 tahun, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, berkata kemalangan berlaku apabila lori dari arah Kapar cuba melakukan pusingan U di lokasi tersebut, yang hanya membenarkan kenderaan ringan membuat pusingan.
“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kanan lori itu.
Pelanggaran ini menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan mendapati mangsa baru selesai menghadiri kursus memandu motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jeram.
Menurut beliau, mangsa memiliki lesen L bagi menunggang motosikal.
Tambahnya, ujian air kencing ke atas pemandu lori didapati negatif dadah, dan individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Berita berkaitan
May 21, 2025, 6:07 pm
Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR
May 21, 2025, 5:49 pm
Jabatan Imigresen KL tahan 1,789 PATI sejak Januari, kutipan kompaun cecah RM4.59 juta
May 21, 2025, 3:17 pm
Armada Bersatu bidas cadangan naikkan umur persaraan kepada 65 Tahun
May 21, 2025, 3:11 pm
Bas terbakar dalam Kampus UTM, enam penuntut nyaris maut
May 21, 2025, 2:45 pm
Wanita keluar ke farmasi terkejut rumah pusaka hangus terbakar ketika pulang
May 21, 2025, 2:26 pm
Peguam persoal SPRM panggil Pamela awal sehari, kaitkan dengan kehilangan
May 21, 2025, 2:07 pm
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook
May 21, 2025, 1:51 pm
Dua maut nahas 3 motosikal dan lori di Alor Gajah
May 21, 2025, 1:33 pm
Tukang masak kuku panjang, restoran jijik di Hulu Selangor diarah tutup 14 hari
May 21, 2025, 1:17 pm