TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tukang masak kuku panjang, restoran jijik di Hulu Selangor diarah tutup 14 hari

By
|
Kongsi
image

pHULU SELANGOR, 21 Mei – Sebuah restoran di daerah ini diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari selepas didapati melanggar pelbagai peraturan kebersihan dan keselamatan makanan dalam satu pemeriksaan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), semalam.

MPHS dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi pemeriksaan itu dijalankan oleh Bahagian Inspektorat Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) bersama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan susulan aduan orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati restoran berkenaan gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan dan mendapati beberapa pelanggaran serius, termasuk kewujudan najis tikus dan hurungan lipas di rak penyimpanan,” kata MPHS.

Antara kesalahan lain yang direkodkan ialah pengendali makanan berkuku panjang, tidak memakai apron serta penutup kepala, penggunaan telur ayam yang tidak dibasuh, sisa efluen masuk ke longkang awam serta pembuangan sisa makanan ke dalam longkang.

Selain itu, perangkap minyak di dapur tidak diselenggara, kain pengelap dan peralatan memasak berada dalam keadaan kotor, serta pengurusan sisa pepejal yang tidak teratur.

MPHS turut mengeluarkan tiga kompaun di bawah Undang-undang Kecil Establisymen Makanan 2007 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 2007.

+ - reset