Berita Berita
Masih tak serik, 4 pegawai disyaki subahat lepaskan warga asing di KLIA

SEPANG, 21 Mei – Seramai 25 warga asing ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ketika cuba meninggalkan negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Januari hingga April tahun ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, AKPS memaklumkan bahawa kesemua individu terbabit berasal dari Vietnam, Kemboja, India dan Indonesia, dan ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta disyaki memperoleh pengesahan masuk tanpa melalui prosedur sah.
“Penahanan tersebut adalah hasil daripada pemeriksaan berkala dan pemantauan berterusan oleh AKPS KLIA sepanjang tempoh tersebut,” kata agensi itu.
Sementara itu, AKPS turut mendedahkan bahawa empat pegawai sedang disiasat kerana dipercayai bersubahat membantu warga asing melepasi pemeriksaan imigresen secara tidak sah.
“Mereka disyaki terlibat dalam aktiviti ‘counter setting’, iaitu melepaskan individu tertentu tanpa melalui prosedur yang sah,” jelas kenyataan itu.
AKPS menegaskan pihaknya memandang serius isu keselamatan sempadan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku, sama ada melibatkan pegawai atau individu lain.
“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit.
“AKPS akan terus mempergiatkan usaha pemantauan serta memperkemas mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pintu masuk negara tidak disalah guna oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu lagi.
Berita berkaitan
May 21, 2025, 8:03 pm
Permohonan lesen penjajaan DBKL dibuka bermula 1 Jun
May 21, 2025, 7:57 pm
Harga RON97 dan diesel naik 3 Sen
May 21, 2025, 6:07 pm
Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR
May 21, 2025, 5:49 pm
Jabatan Imigresen KL tahan 1,789 PATI sejak Januari, kutipan kompaun cecah RM4.59 juta
May 21, 2025, 3:17 pm
Armada Bersatu bidas cadangan naikkan umur persaraan kepada 65 Tahun
May 21, 2025, 3:11 pm
Bas terbakar dalam Kampus UTM, enam penuntut nyaris maut
May 21, 2025, 2:45 pm
Wanita keluar ke farmasi terkejut rumah pusaka hangus terbakar ketika pulang
May 21, 2025, 2:26 pm
Peguam persoal SPRM panggil Pamela awal sehari, kaitkan dengan kehilangan
May 21, 2025, 2:07 pm
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook
May 21, 2025, 1:51 pm