Berita Berita
Pam utama LRA Sungai Johor rosak, 100,000 akaun pengguna alami gangguan bekalan air

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Kira-kira 100,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di daerah ini terjejas susulan kerosakan luar jangka pam utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerosakan tersebut memaksa operasi loji dihentikan sepenuhnya sejak petang semalam.
“Gangguan ini mengakibatkan agihan air kira-kira 318 juta liter sehari (MLD) terhenti dan tidak dapat disalurkan kepada pengguna di beberapa kawasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai langkah mitigasi, katanya, pengolahan semula sumber air sedia ada telah dilaksanakan, sekali gus menyelamatkan 11,000 akaun pengguna daripada terjejas.
“Akaun-akaun ini dijangka akan terus menerima bekalan air seperti biasa menjelang pukul 7 pagi,” katanya lagi.
Menurut beliau, kerja-kerja pembaikan kini sedang dijalankan dan telah mencapai 15 peratus kemajuan setakat ini.
Sementara itu, sebanyak 16 lori tangki air berkapasiti 9 meter padu (m³) dan 40m³ telah dihantar ke lokasi-lokasi kritikal termasuk hospital, pusat kesihatan dan kawasan tumpuan awam bagi memastikan keperluan asas penduduk terus terjamin.
Berita berkaitan
May 21, 2025, 8:03 pm
Permohonan lesen penjajaan DBKL dibuka bermula 1 Jun
May 21, 2025, 7:57 pm
Harga RON97 dan diesel naik 3 Sen
May 21, 2025, 6:07 pm
Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR
May 21, 2025, 5:49 pm
Jabatan Imigresen KL tahan 1,789 PATI sejak Januari, kutipan kompaun cecah RM4.59 juta
May 21, 2025, 3:17 pm
Armada Bersatu bidas cadangan naikkan umur persaraan kepada 65 Tahun
May 21, 2025, 3:11 pm
Bas terbakar dalam Kampus UTM, enam penuntut nyaris maut
May 21, 2025, 2:45 pm
Wanita keluar ke farmasi terkejut rumah pusaka hangus terbakar ketika pulang
May 21, 2025, 2:26 pm
Peguam persoal SPRM panggil Pamela awal sehari, kaitkan dengan kehilangan
May 21, 2025, 2:07 pm
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook
May 21, 2025, 1:51 pm