TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Imam lemas terjatuh bot ketika memancing di Mersing

By
|
Kongsi
image

MERSING 21 Mei - Seorang imam sebuah masjid ditemui lemas selepas terjatuh dari bot dinaiki ketika memancing berhampiran Jeti Kampung Semaloi di sini, awal pagi semalam.

Mayat mangsa, Mohd Al-Hafitz Md Yunos, 45, ditemui jam 12 tengah hari semalam, kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Supian Yahya, berkata sebelum itu mangsa dilaporkan terjatuh dari bot dinaiki kira-kira jam 2.25 pagi.

"Mayat mangsa ditemui selepas lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Jeti Kampung Semaloi.

"Pencarian dilakukan menggunakan teknik 'windshield wiper searching' dan 'surface searching' hingga mangsa berjaya ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, terdahulu sepasukan anggota dari BBP Endau dikejarkan ke lokasi dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengesahkan kes seorang lelaki terjatuh dari bot berhampiran jeti.

"Pencarian awal dilakukan pada jarak sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, namun terpaksa ditangguhkan jam 3.30 pagi atas faktor keselamatan dan keadaan gelap.

"Operasi disambung semula sekitar jam 8 pagi menggunakan dua bot milik bomba bersama bantuan 10 anggota PPDA dari Mersing dan Skudai," katanya.

+ - reset