Berita Berita
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook

KUANTAN, 21 Mei – Seorang kerani wanita di Rompin kerugian lebih RM649,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa berusia 52 tahun pada mulanya melihat iklan pelaburan saham di laman Facebook sebelum mengklik pautan yang membawa kepada komunikasi dengan seorang individu dikenali sebagai "Elaine".
“Mangsa kemudian dijemput menyertai satu kumpulan WhatsApp dan mula membuat pelaburan antara 20 Mac hingga 9 Mei 2025 dengan memindahkan wang ke beberapa akaun syarikat yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas kesemua transaksi selesai, menyebabkan wang simpanannya berjumlah RM649,150 lesap.
“Berdasarkan siasatan awal, wang yang digunakan untuk pelaburan itu adalah daripada simpanan milik mangsa sendiri,” katanya.
Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan iklan pelaburan dalam talian dan tidak mudah percaya dengan tawaran pulangan tinggi yang tidak munasabah.
Berita berkaitan
May 21, 2025, 8:03 pm
Permohonan lesen penjajaan DBKL dibuka bermula 1 Jun
May 21, 2025, 7:57 pm
Harga RON97 dan diesel naik 3 Sen
May 21, 2025, 6:07 pm
Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR
May 21, 2025, 5:49 pm
Jabatan Imigresen KL tahan 1,789 PATI sejak Januari, kutipan kompaun cecah RM4.59 juta
May 21, 2025, 3:17 pm
Armada Bersatu bidas cadangan naikkan umur persaraan kepada 65 Tahun
May 21, 2025, 3:11 pm
Bas terbakar dalam Kampus UTM, enam penuntut nyaris maut
May 21, 2025, 2:45 pm
Wanita keluar ke farmasi terkejut rumah pusaka hangus terbakar ketika pulang
May 21, 2025, 2:26 pm
Peguam persoal SPRM panggil Pamela awal sehari, kaitkan dengan kehilangan
May 21, 2025, 1:51 pm