Berita Berita
Lelaki baru mula bekerja maut kepala tersepit mesin acuan di kilang

KLANG 30 April – Seorang pekerja warga asing yang baru memulakan tugas maut selepas tersepit dalam mesin 'blow moulding' ketika melakukan kerja pembersihan di sebuah kilang berhampiran Pelabuhan Klang, semalam.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 7.35 pagi dan siasatan di lokasi kejadian telah dijalankan sejurus selepas insiden berlaku.
"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan pekerja baharu dan ditugaskan untuk kerja pembersihan di bahagian pengeluaran kilang.
"Ketika kejadian, pekerja itu cuba mengeluarkan botol plastik yang tersangkut di bahagian dalam mesin dengan membuka pintu mesin sebelum komponen mesin tersebut bergerak dan menghimpit kepalanya.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
JKKP Selangor turut memaklumkan bahawa mereka telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu di kawasan kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya.
Selain itu, dua notis larangan juga telah dikeluarkan kerana majikan didapati gagal menyediakan prosedur kerja yang sepatutnya bagi aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan mesin.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
Berita berkaitan
September 3, 2025, 10:30 pm
Gempa bumi lagi, kali ini gegar Sri Medan, Parit Sulong petang tadi
September 3, 2025, 10:25 pm
Elak subsidi 'bocor', rakyat perlu imbas Mykad untuk beli minyak masak paket, petrol RON95 - Fuziah
September 3, 2025, 9:13 pm
'Saya sendiri pun terperanjat' - MB N Sembilan nafi terlibat isu pembatalan ceramah Ustaz Wadi di Seremban
September 3, 2025, 7:49 pm
Wanita cuba 'peluk' Sultan Perak dirujuk ke Hospital Bahagia - Polis
September 3, 2025, 7:28 pm
Anggota TUDM hilang rupanya menyorok kerana terlanggar kenderaan pegawai
September 3, 2025, 7:20 pm
Pakar Forensik dedah Zara Qairina alami kecederaan otak kritikal ketika sampai hospital
September 3, 2025, 7:08 pm
KDN diminta teliti aspek keselamatan program dihadiri Raja-Raja Melayu
September 3, 2025, 6:51 pm
Johari Abdul Ghani ketuai Pasukan Khas UMNO teliti RUU Pembaharuan Semula Bandar
September 3, 2025, 6:45 pm
Harga RON95, RON97 dan diesel kekal
September 3, 2025, 5:14 pm