Berita Politik
Fadhlina nyata sokongan padu kepada Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR 7 Mei - Ketua Wanita PKR, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden parti, menyifatkan langkah itu sebagai tepat bagi memperkukuh kestabilan dan kesinambungan perjuangan PKR.
Menurut Fadhlina, pencalonan Nurul Izzah selari dengan aspirasi akar umbi yang mahukan kepimpinan berteraskan kesetiaan dan pemerkasaan institusi politik progresif.
“Nurul Izzah telah melalui semua fasa penting dalam sejarah perjuangan PKR – daripada era gelombang reformasi, penubuhan parti, hingga ke pembentukan Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pelantikan Nurul Izzah sebagai orang nombor dua dalam parti akan mencerminkan iltizam PKR untuk terus mendukung agenda islah, memperkukuh barisan muda dan wanita, serta membawa pembaharuan dalam landskap politik negara.
Fadhlina turut menegaskan bahawa kredibiliti Nurul Izzah bukan terletak pada kedudukannya sebagai anak kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi atas rekod perjuangan dan integriti peribadinya.
“Pengalaman beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya Pusat membuktikan keupayaannya merancang strategi dan memimpin pasukan parti di medan penting pilihan raya,” ujar beliau lagi.
Beliau turut memuji komitmen Nurul Izzah dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan, termasuk solidariti terhadap Palestin, pemerkasaan wanita, dan hak kanak-kanak.
Sokongan terhadap Nurul Izzah turut dikuatkan dengan kenyataan bersama 22 Ketua Cabang PKR Johor yang menyatakan pendirian menyokong pencalonan beliau sebagai simbol penyatuan dan semangat reformasi baharu.
“Ini bukan soal siapa anak siapa, atau soal jantina, tetapi soal kesinambungan dan kelangsungan perjuangan parti keramat ini,” kata Fadhlina.
Antara ketua cabang yang menyokong termasuk Ketua Cabang Mersing, Khairil Adanan; Ketua Cabang Bakri, Ysahruddin Kusni; Ketua Cabang Pontian, Haniff Ghazali; Ketua Cabang Pulai, Faezudin Puad; serta Ketua Cabang Johor Bahru dan Tebrau. - Media Telus
Berita berkaitan
May 10, 2025, 9:04 am
Anwar Ibrahim kekal Presiden PKR tanpa dicabar, Rafizi dicabar Nurul Izzah
May 9, 2025, 3:10 pm
Anwar sahkan pertahan jawatan Presiden PKR
May 9, 2025, 12:35 pm
Nik Nazmi tawar tiga agenda utama, pertahan jawatan Naib Presiden PKR
May 9, 2025, 12:12 pm
Rafizi vs Nurul Izzah: Pertarungan dua dinasti bakal gegar PKR?
May 9, 2025, 12:04 pm
BN, PH sepakat bersama hadapi PRN17 Sabah
May 8, 2025, 7:35 pm
BN Melaka tegas tidak akan serah kerusi kepada DAP - Akmal Saleh
May 8, 2025, 9:35 am
6 Ketua Cabang PKR Negeri Sembilan nyata sokongan terbuka kepada Nurul Izzah
May 7, 2025, 2:32 pm
24 pemimpin PKR Sarawak nyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah
May 7, 2025, 2:01 pm