Berita Politik
6 Ketua Cabang PKR Negeri Sembilan nyata sokongan terbuka kepada Nurul Izzah

SEREMBAN 8 Mei 2025 – Enam daripada lapan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri Sembilan hari ini menyatakan sokongan terbuka kepada pencalonan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti bagi penggal 2025-2028.
Mereka terdiri daripada Ketua Cabang Rembau Jufitri Joha; Ketua Cabang Jelebu Zainal Fikri Abd Kadir; Ketua Cabang Seremban Noor Iskandar Mohamad Noor; Ketua Cabang Rasah Ahmad Izzudin Ismail; Ketua Cabang Kuala Pilah Ismail Muhamad Nor dan Ketua Cabang Tampin V Raja.
Tokoh Reformasi Yang Berpengalaman
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kumpulan pemimpin akar umbi itu menyifatkan Nurul Izzah sebagai tokoh reformasi yang memahami sejarah dan idealisme perjuangan PKR.
“Kelayakan beliau adalah berdasarkan merit dengan kualiti kepimpinan yang terbukti di pentas nasional dan antarabangsa.
“Beliau juga telah lama teruji ketika parti berada dalam fasa sukar dan senang. Ini menjadikannya individu paling layak untuk membantu memacu PKR ke hadapan,” menurut kenyataan itu.
Seruan Kepimpinan Di Luar Kerajaan
Menurut mereka, PKR kini memerlukan pemimpin yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan bagi memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkasa parti dari akar umbi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Urusan pemerkasaan parti sebelum ini dilihat tidak digerakkan secara serius. Sudah tiba masanya kepimpinan tertinggi memberikan perhatian penuh terhadap usaha ini.
“Langkah ini juga akan memberikan ruang yang lebih luas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk fokus mentadbir negara,” ujar kenyataan itu lagi.
Sokongan Total Terhadap Nurul Izzah
Keenam-enam Ketua Cabang itu turut menegaskan sokongan mereka adalah selaras dengan semangat transisi kepimpinan yang matang dan inklusif demi masa depan PKR.
“Kami beriltizam untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden bagi sesi 2025-2028,” tambah mereka.
Spekulasi mengenai kedudukan Timbalan Presiden PKR semakin hangat diperkatakan selepas penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan hasrat mempertahankan kerusinya dalam pemilihan parti hujung bulan ini. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm