Berita Politik
Nurul Izzah timbang bertanding demi masa depan PKR, bukan kepentingan peribadi

SHAH ALAM 7 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung pencalonannya sebagai Timbalan Presiden PKR akan dibuat dengan mengambil kira kepentingan masa depan parti, bukannya demi mana-mana individu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menghormati pandangan akar umbi yang mahukan beliau tampil dalam pemilihan kali ini dan berjanji akan menilai keputusan tersebut secara menyeluruh dengan mengimbangi antara kesepakatan, persahabatan dan tuntutan reformasi.
"PKR sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbangkan bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia," katanya.
Pemilihan PKR bagi penggal 2025–2028 dijadual berlangsung pada 24 Mei ini, dengan persaingan jawatan Timbalan Presiden menjadi tumpuan utama. Penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini menyatakan hasrat untuk mempertahankan kedudukannya bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.
Turut disebut sebagai calon berpotensi ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bekas Setiausaha Agung PKR, namun beliau masih belum mengesahkan pendirian dan memilih untuk mengambil pendekatan "tunggu dan lihat".
Setakat ini, sekurang-kurangnya 30 pemimpin cabang dan sayap PKR dari enam negeri – Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor – telah menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah agar beliau bertanding jawatan nombor dua dalam parti. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm