Berita Politik
24 pemimpin PKR Sarawak nyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 7 Mei – Seramai 24 daripada 40 ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak hari ini menyatakan sokongan padu terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti menjelang pemilihan pada 23 Mei ini.
Antara pemimpin utama yang menyatakan sokongan termasuk Setiausaha Negeri MPN merangkap Ketua Cabang Kota Samarahan, Mahmud Epah; Timbalan Pengerusi MPN, Ahmad Nazib Johari; serta tiga Naib Pengerusi MPN, iaitu Norisham Mohamed Ali (Bintulu), Ibil Jaya (Saratok) dan Daniel Jani (Mas Gading).
Sokongan turut dizahirkan oleh Ketua Cabang dari pelbagai kawasan seperti Stampin, Batang Lupar, Mukah, Sri Aman, Puncak Borneo, Sibu, Kuching, Lawas, Limbang dan Serian. Turut serta ialah beberapa timbalan ketua cabang dari Batang Sadong, Lubok Antu dan Kota Samarahan.
Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu menyifatkan Nurul Izzah sebagai lambang keberanian, integriti dan jiwa rakyat — nilai-nilai yang menurut mereka penting untuk membawa PKR ke fasa pembaharuan yang lebih bermakna.
“Nurul Izzah bukan sekadar simbol harapan, tetapi suara akar umbi yang dahagakan perubahan tulen. Beliau kekal teguh dengan prinsip keadilan sosial meskipun berdepan tekanan politik dan permainan kuasa,” menurut kenyataan tersebut.
Pemimpin-pemimpin itu turut menyifatkan Nurul Izzah sebagai pemimpin yang mampu menyatukan generasi lama dan baharu dalam PKR serta membawa semangat idealisme reformasi yang segar dan berprinsip.
Sebelum ini, beberapa negeri termasuk Selangor, Perak, Melaka dan Pahang turut menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah untuk mengisi jawatan nombor dua parti itu, yang kini disandang oleh Datuk Seri Rafizi Ramli. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm