Berita Politik
Nik Nazmi tawar tiga agenda utama, pertahan jawatan Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 9 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028, dengan menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, tawaran beliau tertumpu kepada kesinambungan program Felo Keadilan, pengukuhan sistem pendidikan politik, serta penyusunan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Saya ingin mengesahkan bahawa saya akan kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu, yang sebelum ini tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.
Beliau menegaskan bahawa perjuangan dalam PKR bukan semata-mata berkisar tentang pertandingan jawatan, sebaliknya merupakan satu amanah besar untuk memelihara dan mengembangkan idealisme Reformasi yang menjadi asas penubuhan parti.
“Saya adalah orang parti dan saya sentiasa meletakkan kepentingan parti serta negara mengatasi segala-galanya,” ujarnya.
Nik Nazmi turut merayu sokongan anggota akar umbi agar diberi mandat untuk terus menyumbang dalam barisan kepimpinan parti, sambil menekankan kepentingan menampilkan barisan yang berwibawa demi memastikan PKR kekal relevan dan berpaksikan rakyat.
Beliau dilihat antara tokoh penting dalam sayap progresif parti dan pemilihan kali ini dijangka menyaksikan persaingan sengit, ketika PKR dan gabungan Kerajaan Perpaduan mula bersiap sedia menghadapi cabaran politik yang semakin kompleks menjelang PRU16. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm