Berita Politik
Anwar sahkan pertahan jawatan Presiden PKR

PUTRAJAYA 9 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Namun begitu, Anwar berkata beliau masih belum menghantar borang pencalonan rasmi.
“Saya tak daftar lagi, (pencalonan untuk jawatan) presiden masih kosong... saya isi (borang) kemudian,” katanya ringkas ketika ditemui selepas makan tengah hari di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur, hari ini.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan sokongan majoriti cabang terhadap anaknya, Nurul Izzah Anwar, untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Al-Iman, Presint 9, dan mendengar khutbah bertajuk ‘Hebahkan Pernikahan, Sempurnakan Tuntutan’.
Solat Jumaat tersebut diimamkan Sallehuddin Jamaluddin, sebelum Anwar sempat beramah mesra bersama pengurusan masjid dan kariah.
Perdana Menteri kemudian berjalan kaki ke restoran berdekatan untuk menikmati juadah tengah hari, sambil disambut oleh pelanggan dan orang ramai. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm