Berita Politik
BN Melaka tegas tidak akan serah kerusi kepada DAP - Akmal Saleh

PETALING JAYA 8 Mei - Barisan Nasional (BN) Melaka tidak akan menyerahkan sebarang kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu kepada DAP, meskipun terdapat usul pembahagian kerusi 14-14 antara BN dan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, menegaskan bahawa kerusi yang telah dimenangi BN bukan untuk dirunding atau dikongsi.
“Kerusi yang BN menang tidak akan sama sekali diberikan kepada PH. Untuk beri kamu (DAP), tidak sama sekali dan boleh teruskan bermimpi,” katanya melalui kenyataan di Facebook hari ini.
Kenyataan Akmal merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menyebut sembilan cawangan DAP Melaka menyokong strategi “14BN+14PH” bagi PRN akan datang.
Sembilan cawangan terlibat ialah: Bukit Beruang, Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh, Merdeka Jaya, Sunshine, Taman Muzaffar Shah, Bukit Beruang Indah, Kubu dan Taman Kerjasama.
Dalam kenyataan bersama, cawangan-cawangan itu menyatakan cadangan pembahagian kerusi secara seimbang antara PH dan BN adalah demi memperkukuh mandat rakyat dan mencerminkan kehendak pengundi.
“Usul ini bertujuan mengukuhkan kestabilan politik dan memastikan kesinambungan dasar di peringkat negeri dan pusat,” menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi, dengan agihan semasa: BN (21), PH (5) dan Perikatan Nasional (PN) (3). - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm