Berita Politik
BN, PH sepakat bersama hadapi PRN17 Sabah

KUALA LUMPUR 9 Mei - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai persetujuan untuk menjalin kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama pada Jumaat berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan Khamis lalu.
Menurut kenyataan itu, bentuk kerjasama termasuk pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama oleh kepimpinan PH dan BN Sabah, manakala segala keputusan akan dimuktamadkan di peringkat tertinggi kebangsaan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa kerjasama politik di Sabah akan melibatkan ‘BN, PH plus’ dalam usaha membina kesepakatan yang kukuh.
Beliau turut menyatakan bahawa BN bersikap terbuka terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan parti politik lain, selaras dengan prinsip membuka ruang seluas-luasnya untuk perbincangan.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan bahawa belum ada keputusan muktamad mengenai kerjasama dan pengagihan kerusi antara partinya dengan gabungan lain menjelang PRN17.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm