Berita Berita
Dua penuntut UniPSAS, hafiz al-Quran maut dalam nahas dengan ambulans di Kuantan
KUANTAN 15 Julai – Dua mahasiswa Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah ambulans swasta di persimpangan lampu isyarat Jalan Gambang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, di sini, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 22, dan Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 21.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi dan siasatan awal mendapati ambulans yang dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah membelok ke kanan dengan siren dinyalakan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.
“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pembonceng dikejarkan ke HTAA dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemandu ambulans berusia 49 tahun dan pembantu berusia 43 tahun turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HTAA.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, pihak UniPSAS dalam satu hantaran di Facebook merakamkan rasa dukacita atas kehilangan dua pelajarnya dalam insiden tragis berkenaan.
“Zuhair Rifqi ialah penuntut Diploma Pengajian Quran dan Sunnah manakala Firdaus sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman. Kedua-duanya amat meminati ilmu agama dan hafaz 30 juzuk al-Quran,” menurut kenyataan tersebut. – Media Telus
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
