Berita Sukan
JDT dijangka tampil dengan taktikal baharu, Selangor perlu bersedia sepenuhnya
JOHOR BAHRU 6 Ogos – Juara Liga Super 11 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), dijangka menurunkan kesebelasan utama berwajah baharu yang mungkin mengundang kebingungan kepada Selangor FC dalam aksi pembukaan Liga Malaysia merangkap perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
Menurut penganalisis bola sepak tempatan, Hasnizam Uzir, kehadiran lapan muka baharu termasuk empat pemain warisan dan empat pemain import berpotensi mengubah pendekatan taktikal JDT musim ini.
“Gabungan pemain seperti Jon Irazabal, Nacho Mendez, Joao Figueiredo dan Hector Hevel bersama import baharu Antonio Glauder, Jairo da Silva, Teto Martin dan Moussa Sidibe memberi banyak pilihan kepada jurulatih Xisco Muniz.
“Ini pastinya menyukarkan pihak lawan seperti Selangor FC untuk menjangka strategi yang bakal digunakan,” katanya.
Hasnizam menjelaskan walaupun kehilangan pemain tengah utama, Juan Muniz, yang telah merekodkan 68 penampilan, 23 gol dan 29 bantuan jaringan, JDT tetap berbahaya dengan kelibat Mendez dan Hevel yang berupaya mengisi kekosongan itu.
Dalam masa sama, beliau menjangkakan Selangor FC tidak akan memberi laluan mudah, tetapi memerlukan persiapan menyeluruh terutama dari aspek kecergasan dan disiplin bertahan.
“Pemain Selangor perlu turun dengan semangat 100 peratus, melaksanakan taktikal ‘man-to-man marking’, serta tidak membiarkan ruang di bahagian tengah yang boleh dimanipulasi pemain JDT.
“Bahagian sayap pula perlu mengekang larian pantas Arif Aiman Hanapi yang terkenal dengan hantaran lintangnya, manakala Bergson da Silva dan Joao Figueiredo juga perlu dikawal rapi jika diturunkan,” katanya.
JDT kini memburu Piala Sumbangsih kali kelapan berturut-turut dan memiliki kelebihan dari segi pengalaman, keserasian serta kualiti barisan pemain yang dikatakan setanding untuk semua posisi utama. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
