Berita Berita
Ribuan berhimpun tuntut keadilan buat Zara Qairina di Sabah

SANDAKAN 9 Ogos - Ribuan orang membanjiri sekitar dataran Harbour Mall, di sini untuk menghadiri aksi vigil (perhimpunan) menuntut keadilan kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Matahir.
Menurut laporan Harian Metro, orang ramai tiba seawal jam 7 malam untuk memberikan sokongan dengan membawa sepanduk dan kain rentang, manakala pihak polis dilihat turut berada di sekitar kawasan terbabit untuk melakukan kawalan.
Selain mendeklamasikan sajak, turut berlangsung pidato, doa serta teater dalam perhimpunan lebih dua jam itu.
Penganjur Sekretariat Solidariti Zara, Mohd Zharif Aizat Samsudin, berkata program itu adalah sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap keluarga Zara di samping menuntut kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa pelajar itu dapat dibuktikan.
"Kami juga mohon rakan-rakan di luar sana, orang awam, jangan keluarkan perkataan berbaur fitnah atau tidak baik (mengenai kejadian).
"Kita beri sepenuhnya (tanggungjawab) terhadap pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan.
"Kita juga tidak menjangka menerima sokongan begitu ramai daripada masyarakat. Terima kasih warga Sandakan kerana menyokong solidariti ini," katanya ketika ditemui, malam ini.
Turut dilihat hadir dalam perhimpunan itu adalah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun.
Seorang peserta yang hadir, Muhamad Zarif Samsudin berharap keadilan buat pelajar itu dapat ditegakkan menerusi perhimpunan berkenaan.
Beliau berkata, adalah penting baginya untuk menghadiri perhimpunan bukan saja untuk menunjukkan sokongan terhadap keluarga mangsa, sebaliknya kerana mahu menggesa pihak bertanggungjawab melakukan siasatan menyeluruh berkenaan kejadian itu.
"Apa yang kita lihat juga, banyak perkara yang tidak betul disebarkan. Biarlah pihak berkuasa dan polis untuk membuat siasatan dan bertanggungjawab," katanya.
Selain Sandakan, aksi vigil itu turut dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini termasuk Tawau dan Lahad Datu.
Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi.
Pelajar itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.
Berita berkaitan
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm
'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia
August 9, 2025, 12:53 pm
Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar
August 9, 2025, 12:38 pm
'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan ibu bapa pelajar 'samseng' MRSM dibuang sekolah
August 9, 2025, 11:36 am