TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar

By
|
Kongsi
image

 

MACHANG 9 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa guru pondok di seluruh negara menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan mereka mengikuti perkembangan teknologi, selain memperkukuh ketahanan jiwa dalam Islam.

Menurutnya, tanpa penguasaan AI, guru pondok berisiko ketinggalan dan kalah dengan serangan baharu dalam dunia teknologi.

Beliau bagaimanapun menegaskan, meskipun guru pondok perlu menguasai AI bagi memenuhi keperluan semasa, kaedah tradisional membaca kitab tetap dikekalkan.

"Kaedah tradisional membaca kitab untuk guru pondok kita tidak ganggu dan amalan itu masih dikekalkan, sebaliknya kita tambah dengan tuntutan baharu iaitu bidang AI.

"Tanpa penguasaan guru pondok dalam AI, bidang itu akan hanya menjadi versi berasaskan Amerika Syarikat (AS) dan Barat," katanya ketika berucap pada Majlis Ijtima' Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.03 juta kepada pondok-pondok yang menghadiri UMRAN 2025.

Dalam pada itu, Anwar berkata sudah tiba masanya benteng pertahanan sejarah umat Islam dibangunkan semula bagi menangkis pengaruh sekular.

"Bulan lalu saya memanggil pegawai Kementerian Kewangan untuk mencari jalan bagaimana memilih pondok yang sesuai dijadikan benteng semula. Dengan cara itu, barulah Madani dalam erti kata sebenar," katanya. – Media Telus

+ - reset