Berita Berita
Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin - Saifuddin

MACHANG, 9 Ogos – Proses menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dijalankan segera bagi melengkapkan kertas siasatan dan prosedur bedah siasat berhubung kematian pelajar itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis dan memutuskan terdapat keperluan melaksanakan prosedur berkenaan.
“Pihak polis telah menghantar kertas siasatan kepada AGC. Selang beberapa hari, AGC mengarahkan kuburnya digali semula bagi melengkapkan dan mengukuhkan lagi kertas siasatan.
“Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail telah diberi taklimat mengenai arahan itu pagi tadi sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan prosedur seterusnya,” katanya selepas menghadiri Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang, di sini hari ini.
Menurut Saifuddin, polis akan segera berhubung dengan pihak majistret serta bekerjasama dengan pakar forensik bagi memastikan proses berjalan lancar, dengan fokus utama mengemas kini kertas siasatan dan mengumpul semua bukti berkaitan.
Beliau menegaskan, polis tidak akan berkompromi dalam memastikan prinsip keadilan ditegakkan supaya semua pihak terlibat, termasuk pihak sekolah, guru dan rakan mangsa, mendapat pembelaan sewajarnya.
“Jaminan kami adalah proses itu dilakukan dengan segera dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Semalam, Media Telus melaporkan AGC mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan, dalam usaha melengkapkan siasatan kes kematian kanak-kanak itu. - Media Telus
Berita berkaitan
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm
'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia
August 9, 2025, 12:53 pm
Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar
August 9, 2025, 12:38 pm
'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan ibu bapa pelajar 'samseng' MRSM dibuang sekolah
August 9, 2025, 10:08 am