Berita Berita
'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan ibu bapa pelajar 'samseng' MRSM dibuang sekolah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan terdapat ibu bapa kepada pelajar yang dibuang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana kes buli berhasrat memfailkan saman terhadap beliau dan agensi berkenaan.
Asyraf Wajdi berkata, beliau bersedia berdepan tindakan tersebut demi mempertahankan keselamatan majoriti pelajar di MRSM.
“Saya dimaklumkan ada ibu bapa yang anak-anak dibuang MRSM kerana kes buli nak saman saya dan MARA. Saya katakan, bring it on! Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar, bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Kes buli terbaharu dilaporkan berlaku di MRSM Melaka hujung bulan lalu, membabitkan enam pelajar Tingkatan Lima yang digantung dan dicadangkan untuk dibuang. Asyraf Wajdi sebelum ini menegaskan pihak pengurusan MARA tidak akan melayan sebarang rayuan berhubung keputusan tersebut.
Beliau turut menegaskan MARA komited menjadikan semua institusi pendidikannya sebagai zon bebas buli demi melahirkan generasi pelajar yang berakhlak dan beradab.
Kes-kes buli di MRSM sebelum ini turut dilaporkan di Besut dan Seberang Perai Selatan, membabitkan tindakan tegas termasuk pembuangan pelajar serta siasatan polis di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – Media Telus
Berita berkaitan
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm
'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia
August 9, 2025, 12:53 pm
Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar
August 9, 2025, 11:36 am
Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin - Saifuddin
August 9, 2025, 10:08 am