Berita Politik
'Tindakan yang tidak beretika' - Wanita UMNO kesal PKR terima keahlian Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Wanita UMNO Malaysia melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerima keahlian bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang kini menyertai PKR Cabang Ampang.
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata, pendirian UMNO yang telah dinyatakan Setiausaha Agung parti pada 30 Mei lalu menegaskan bahawa menerima ahli daripada parti rakan dalam Kerajaan Perpaduan secara sewenang-wenangnya adalah tidak wajar serta boleh menjejaskan keharmonian gabungan.
“Wanita UMNO juga menyokong penuh pendirian Presiden UMNO sebelum ini yang menganggap tindakan menerima keahlian Tengku Zafrul sebagai sesuatu yang tidak beretika.
“Perpaduan dan kesetiaan antara parti-parti dalam gabungan perlu dijunjung demi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan. Tindakan ini menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan akar umbi dan menjejaskan imej kesungguhan serta keikhlasan kerjasama yang telah dibina,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rosni yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Pahang menegaskan, kerjasama antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu berlandaskan persefahaman dan saling menghormati bagi mengelakkan ketegangan politik.
Beliau turut menggesa semua parti, khususnya PKR, agar menghormati semangat kesetiaan dan etika politik demi memelihara kestabilan gabungan.
Terdahulu, Tengku Zafrul menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO untuk menyertai PKR. – Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
