Berita Politik
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
MARANG 23 Jan - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipersetujui untuk kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung jawatan berkenaan.
“Kita tegaskan belum ada sebarang keputusan. Tiada keputusan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.
Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, menegaskan pendirian PAS kekal konsisten berdasarkan resolusi muktamar parti yang menetapkan calon Pengerusi PN perlu datang daripada parti itu.
Bagaimanapun, katanya, pelantikan pengganti Muhyiddin sebagai Pengerusi PN masih belum dimuktamadkan.
Beliau turut memaklumkan PAS belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada PN bagi membincangkan pelantikan pengerusi baharu gabungan berkenaan.
“Setakat ini kita belum menerima jemputan, jadi kita tunggu dahulu. Kelewatan ini bukan disebabkan perbezaan pendirian, sebaliknya berkaitan soal pengurusan dan pentadbiran,” katanya.
Abdul Hadi menjangkakan pelantikan berkenaan boleh dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi memandangkan PN perlu membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Muhyiddin, yang juga bekas Perdana Menteri, sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN selepas lima tahun menerajui gabungan itu, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon pengganti, termasuk Abdul Hadi sendiri serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar.
Mengulas cadangan kerjasama politik atau kolaborasi agung, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan menerima cadangan tersebut kerana mengandungi perkara yang tidak dipersetujui.
Berhubung penyertaan MIC dalam PN, beliau menjelaskan isu itu bukan perkara baharu kerana parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut sudah diterima masuk ke dalam PN.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
