Berita Dunia
Jutawan minyak dikehendaki Indonesia dikesan di Kuala Lumpur, terlibat skandal rasuah RM76.65 bilion
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Seorang suspek utama dalam skandal rasuah berskala besar membabitkan syarikat tenaga milik negara Indonesia, Pertamina, dipercayai berada di Kuala Lumpur.
Menteri Imigresen dan Penjara Indonesia, Agus Andrianto, berkata individu terbabit, Muhammad Riza Chalid, merupakan usahawan minyak yang dikehendaki pihak berkuasa berhubung dakwaan penyelewengan bernilai ratusan trilion rupiah.
Pendakwa raya mendakwa, antara 2018 hingga 2023, Riza bersekongkol dengan eksekutif Pertamina untuk mengatur pembelian minyak mentah secara palsu dan menyewa terminal bahan api tanpa keperluan operasi, menyebabkan kerugian negara dianggarkan sebanyak 285 trilion rupiah (kira-kira RM76.65 bilion).
“Analisis kami menunjukkan beliau berada di Kuala Lumpur. Kami sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa Malaysia untuk langkah seterusnya,” kata Agus kepada wartawan ketika melawat sebuah pusat tahanan di Cikarang, Bekasi, pada Selasa.
Beliau turut memaklumkan maklumat itu kepada Presiden, Prabowo Subianto dan pihak penguat kuasa undang-undang Indonesia.
Riza adalah antara 18 suspek dalam siasatan menyeluruh terhadap Pertamina. Pendakwa raya mendakwa, beliau mendapat kontrak untuk syarikat miliknya, Tangki Merak dan Orbit Terminal Merak, bagi mengurus kemudahan penyimpanan bahan api di Pelabuhan Merak tanpa melalui proses saringan dalaman Pertamina, walaupun tiada keperluan operasi bagi terminal tersebut.
Pejabat Peguam Negara Indonesia telah merampas aset berkaitan Riza termasuk kenderaan mewah, hartanah dan wang tunai sebanyak 833 juta rupiah (RM217,300) sebagai usaha berterusan untuk memulihkan kerugian negara.
Pihak berkuasa turut mendakwa anak syarikat Pertamina bersekongkol dengan syarikat swasta untuk mencampur bahan api berkualiti rendah dan menjualnya sebagai bahan api premium, serta terlibat dalam urusan perniagaan yang merugikan negara secara besar-besaran.
Menurut penyiasat, Riza menggunakan pengaruhnya untuk meluluskan penyewaan terminal yang mahal dan menyebabkan kerugian kewangan besar kepada kerajaan. Beliau dianggap sebagai tokoh paling menonjol dalam kalangan suspek, termasuk beberapa bekas eksekutif kanan Pertamina. – Agensi
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
