Berita Dunia
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
PHNOM PENH 9 Dis: Ketegangan di sempadan Kemboja–Thailand terus memuncak apabila bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengesahkan tentera negaranya kini membalas serangan dalam pertempuran terbaharu, sekali gus bercanggah dengan penafian rasmi Phnom Penh sebelum ini.
Dalam kenyataan di Facebook, Presiden Senat itu menjelaskan bahawa Kemboja tidak melepaskan sebarang tembakan selama lebih 24 jam kerana menghormati gencatan senjata dan memberi ruang untuk pemindahan penduduk sebelum akhirnya bertindak balas.
“Selepas bersabar lebih 24 jam untuk menghormati gencatan senjata dan memberi ruang pemindahan penduduk, malam tadi kami membalas… dan juga pagi ini,” katanya.
Hun Sen turut mengarahkan tenteranya supaya meningkatkan ketegasan menghadapi serangan Thailand.
“Pasukan kita mesti bertempur di semua lokasi yang diserang musuh… laksanakan strategi untuk memusnahkan kekuatan musuh,” katanya, sambil menyifatkan tindakan balas itu kini sebagai langkah mempertahankan diri.
Pertempuran Lima Hari Ragut 43 Nyawa
Konflik bersenjata sepanjang lima hari sebelum ini mengorbankan 43 nyawa dan memaksa kira-kira 300,000 penduduk di kedua-dua belah sempadan berpindah sebelum gencatan senjata dipersetujui.
Namun, pertempuran kembali tercetus minggu ini, mengorbankan enam orang awam Kemboja dan seorang tentera Thailand, selain mencederakan lebih 20 mangsa.
Phnom Penh dan Bangkok Saling Menyalahkan
Kedua-dua negara kini menuding jari antara satu sama lain berhubung permulaan serangan terbaharu itu, termasuk dakwaan bahawa Thailand melancarkan serangan udara dan menggunakan kereta kebal terhadap Kemboja pada Isnin.
Sebelum ini, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata menegaskan tentera negaranya tidak membalas sebarang serangan Thailand — satu kenyataan yang kini bercanggah dengan pengesahan Hun Sen.
Pergolakan berterusan ini dijangka dipantau rapat oleh negara ASEAN dan komuniti antarabangsa susulan risiko ketegangan serantau yang semakin meningkat.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
