Berita Politik
Aminuddin: Terlalu awal bincang cadangan PH bertanding solo PRU16
SEREMBAN 13 Ogos – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun, berpendapat masih terlalu awal untuk membincangkan cadangan supaya Pakatan Harapan (PH) bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurutnya, tumpuan ketika ini seharusnya diberikan kepada khidmat kepada rakyat, mengukuhkan parti dan menambah keahlian, bukannya berpolitik semata-mata.
“Kita boleh cakap nak bertanding seorang sekarang, tapi kita ada masa dua tahun lagi sebelum pilihan raya. Tunggu dan lihat suasana ketika itu, barulah kita buat keputusan.
“Bagi saya terlalu awal untuk bercakap tentang bertanding solo, kecuali kalau di Sabah atau Sarawak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, Rabu.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan mengulas cadangan Pemuda Amanah Negeri Sembilan supaya PH menghadapi PRU16 secara berasingan daripada gabungan Kerajaan Perpaduan. Cadangan itu dibuat susulan senario di Melaka dan Johor yang melibatkan kemungkinan pertandingan tiga penjuru.
Beliau menegaskan, isu sensitif seperti ini sepatutnya dibincangkan secara tertutup di peringkat dalaman parti terlebih dahulu, khususnya bersama Presiden Amanah.
“Pandangan boleh diberi, tetapi kalau melibatkan pertandingan, ia agak awal untuk dinilai. Keputusan akan dibuat oleh kepimpinan utama PH.
“Nak kita bertanding solo, adakah kita betul-betul ada kekuatan? Cadangan begini sebaiknya diperhalusi dahulu. Banyak lagi isu perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun ini,” ujarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
