Berita Politik
'Bring it on! Putus dengan saya sama dengan putus hubungan dengan UMNO' - Dr Akmal cabar Pemuda DAP
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi amaran keras kepada Pemuda DAP Pulau Pinang bahawa sebarang keputusan memutuskan hubungan dengannya bermakna memutuskan hubungan dengan seluruh organisasi UMNO.
Beliau menegaskan, isu tersebut tidak boleh dipisahkan daripada kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO.
“Putus hubungan dengan saya = putus hubungan dengan Pemuda UMNO = putus hubungan dengan UMNO. Ok. Bring it on,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Jumaat.
Sebelum ini, Pemuda DAP Pulau Pinang menyeru kepimpinan parti itu menamatkan hubungan politik dengan Dr Muhamad Akmal susulan tindakan beliau yang didakwa bersifat provokasi.
Seruan itu dibuat sehari selepas beliau mengetuai protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, selepas pemilik premis terbabit dirakam menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.
Kenyataan lantang Dr Muhamad Akmal dilihat memberi mesej jelas bahawa sebarang tindakan terhadap dirinya akan memberi kesan langsung terhadap hubungan politik DAP dan UMNO, terutamanya dalam konteks kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
